Tuesday, April 28, 2009

The most memorable day




25 April 2009 (2045)- Hari paling bersejarah bagi pasukan Bola sepak Kelantan. Kelantan telah melangkah ke FA CUP FINAL melawan Selangor. Selepas 30 tahun, pasukan bola sepak kelantan mencari jalan untuk ke perlawanan akhir dan ini telah dibuktikan oleh semangat juang para pemain Kelantan.
Kehadiran para peminat negeri Kelantan seperti yang dijangkakan. Stadium Nasional Bukit Jalil ibarat dilanda tsunami manusia yang mana telah lama ditunggu-tunggu oleh FAM untuk melihat suasana perlawanan bola sepak seperti berlaku di negara-negara Eropah. Seramai hampir 80,000 penonton telah memenuhi ruang duduk stadium dan separuhnya merupakan penyokong setia skuad kijang.
FAM patut berterima kasih kepada KAFA yang mana berjaya menghidupkan kembali suasana huru-hara perlawanan bola sepak yang telah lama terkubur dengan ketandusan peminat utk menyaksikan perlawanan bola sepak di Malaysia.
Suasana 90minit didalam stadium sangat hangat dengan setiap dua belah penonton selangor dan kelantan bersorak-sorak memberi semangat kepada pasukan masing2. Perlawanan diteruskan dengan masa tambahan yang mana pasukan kelantan telah menyamakan kedudukan 1-0 pada minit 95. Seluruh penyokong kelantan bangkit bangun dan Melaungkan GOOLLLLLLL !!!!! Namun kegembiraan penyokong kelantan hanya sementara. Kesilapan pertahanan kelantan memberi peluang kepada selangor menjaringkan gol pada 103 minit. Penentuan penalti telah memberi selangor kemenangan 4-1.
Kegagalan kelantan membawa pulang Piala FA amatlah dirasai oleh semua rakyat kelantan. Namun, Kafa telah berjaya membawa Skuad bola sepak kelantan kearah yang disegani dan Kafa telah membuktikan bahawa melalui pasukan bola sepak kelantan, mutu bola sepak negara hampir kembali kepada zaman2 kegemilangan bola sepak Malaysia.

KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN TERUSKAN PERJUANGAN. GOMO KELATE GOMO

2 comments:

ashikin abdullah said...

papa G...
ye ye dah ada blog
bagus le blog pasal kesihatan physical.
yes.leh kurus dgn blog piji

idealistik kirana said...

hebat gak penulisan budak sports rec.congrats..